TAJAAN RAMADAN 1444H;
SHOPPING RAYA ANAK YATIM
SEMAKIN BANYAK KITA BERKONGSI, SEMAKIN BANYAK ALLAH AKAN BERI
Kemeriahan Syawal pastinya berbeza tertutamanya buat insan yang kehilangan ibu ayah. Tiada tempat menagih kasih dan sayang, tiada keluarga untuk menyambut hari raya bersama. Setiap hari membayangkan hari bahagia bertemu ibu dan ayah di syurga. Sungguh sedih dan menyayat hati melalui kehidupan seorang Anak yatim.
Namun istimewanya anak yatim ini, kedudukannya sangat dekat dengan Nabi S.a.w. Sehinggakan buat mereka yang membela nasib anak yatim akan duduk rapat dengan Nabi di syurga. Seperti rapatnya dua jari.
Oleh itu, Ayuh! semua sama-sama kita untuk memberi peluang anak-anak yatim dan fakir miskin untuk meraikan Hari Raya dengan pakaian yang serba baharu melalui platform ini.
Sumbangan Set Shoping Raya untuk Anak Yatim & Fakir Miskin akan bermula hari ini sehingga kempen ini berjaya mencapai kutipan yang disasarkan, iaitu RM8850 untuk membantu 59 orang anak yatim yang memerlukan.
Harga 1 set pakaian hari raya ini bernilai RM150. Cadangan pakaian seperti:
dangan pakaian seperti:
1. Tudung
2. Jubah/Baju Kurung
Sumbangan bermula RM1.00. Semoga di setiap sumbangan yang anda berikan akan dibalas oleh Allah SWT dengan sebesar-besar ganjaran pahala, dimurahkan rezeki yang luas sepanjang berkat sedekah jariah ini.
InshaAllah, para pelajar Maahad Tahfiz Tadabbur akan turut bersama-sama menyantuni para asnaf dalam projek SHOPING RAYA 2.0 ini.
Harapan kami, semoga semua golongan yang disantuni dan yang menyantuni sama-sama mendapat manfaat daripada program ini.
Pihak asnaf sebagai yang disantuni, berbahagia menerima pemberian para penyumbang.
Pihak MTT sebagai yang menyantuni, terutama para pelajar lebih menghargai dan bersyukur.
Para pemyumbang; di lapangkan lagi rezeki, di beri kesihatan yang baik untuk terus beribadah dan berbagi.
InshaAllah, kami pertantara sahaja untuk menyampaikan sumbangan kalian. Ayuh menyumbang!