
TAJAAN SAHUR, IFTAR DAN PROGRAM RAMADAN
TAHFIZ TADABBUR MAREAM 1443H
Ramadan semakin hampir menemui kita. Bulan yang penuh dengan rahmat dan ibadah serta memberi peluang kepada kita untuk melakukan amal ibadah khususnya dengan bersedekah dengan TAJAAN SAHUR & IFTAR.
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)

Sempena ketibaan Ramadan yang mulia ini, TTM membuka peluang kepada seluruh umat Islam untuk merebut ganjaran berganda ini dalam program tajaan berbuka puasa pelajar tahfiz.
➡️ Tajaan khusus sahur, iftar pelajar Tahfiz Tadabbur Maream
➡️ Tajaan Ziarah Mahabbah (kit tajaan sahur/iftar/kelengkapan ibadah kepada asnaf sekitar Kuantan
➡️ Akan berlangsung selama 30 hari sepanjang Ramadhan ini

Ayuh bersama-sama Tahfiz Tadabbur Maream bagi merebut fadhilat bulan Ramadan yang mulia ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.
Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak, inshaAllah
