Akaun tahfiztadabburmaream.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
INFAQ DANA KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ TADABBUR MAREAM

Generasi al Quran adalah anak-anak kita. 
Siapakah lagi ingin membantu melahirkan legasi ini jika bukan kita? 

Jika masa kita telah berlalu, namun kita masih mampu menjadi sebahagian ahli al Quran dengan bersama menyediakan kemudahan dan pusat pengajian buat mereka.



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

 (Surah al-Baqarah, ayat 261)
 
 

Maahad Tahfiz Tadabbur Maream membuka peluang kepada seluruh umat Islam di negara ini untuk bersama-sama meraih fadhilat dengan bersama-sama menyumbang kepada Tahfiz. Setiap sumbangan akan disalurkan untuk pembinaan, penyelenggaraan, pembangunan dan pentadbiran MTTM.




KENALI MAAHAD TAHFIZ TADABBUF MAREAM

 

➡️ Sebuah institusi tahfiz yang menjalankan pendidikan kurikulum, kokurikulum dan pengajian Islam. 

➡️ Menganjurkan program dan majlis ilmu terbuka kepada seluruh pencinta ilmu buat pelajar tahfiz dan orang ramai.

➡️ Memberi manfaat buat penyelidikan Islam dan dakwah di negara ini

️ Peluang pengajian ilmu agama kepada orang ramai dan pelajar tahfiz 


KELEBIHAN INFAQ BERSAMA MAREAM : 


➡️ Madrasah al Quran dan Hadith berpaksi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

➡️ Menjadi 'stop centre' penganjuran majlis ilmu kepada seluruh pencinta ilmu dan umat Islam.


 

Ayuh bersama-sama merebut peluang yang terbuka ini dengan mengeluarkan sedikit harta di jalan Allah SWT. Semoga kita menjadi sebahagian daripada asbab tertegaknya Institusi dakwah ini nanti.




 

LAFAZ INFAQ

Untuk teruskan infaq anda, mohon dibacakan sekali lafaz infaq seperti di bawah : 



"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaqkan) atas nama (niat infaq atas nama siapa) untuk projek pembangunan Maahad Tahfiz Tadabbur Maream kerana Allah SWT".



Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi infaq.


Jom bersama rebut kelebihan infaq ini.