Akaun tahfiztadabburmaream.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

WAKAF PEMBANGUNAN KOMPLEKS TAHFIZ TADABBUR MAREAM, KUANTAN


Rebut peluang menjadi broker akhirat dengan berwakaf bagi projek pembangunan tahfiz kami. 



Tahfiz Tadabbur Maream (TTM) merupakan sebuah tahfiz lilbanat yang mula beroperasi pada16  Januari 2020. TTM tampil berbeza dalam membentuk watak dan jiwa para huffaz, dengan suntikan elemen tafsir dan tadabbur 30 juzuk, talaqqi al-Quran bersanad, tarannum, disinergikan pula dengan elemen kitab turath serta akademik pada tahun ke 3-5 pengajian.


Di TTM, bagi memperkasakan silibus tafsir dan tadabbur, kami berkolaborasi bersama pihak Tadabbur Centre serta Ghulam ad-Dakwah (Ustaz Abd Muein). Hasrat TTM adalah bagi melahirkan para huffaz yang tidak hanya mampu menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran, bahkan mendalami seta menguasai ilmu tafsir.




Pihak TTM juga bekerjasama dengan Ustaz Syahmi Syazeril dari Tadabbur Centre Sdn Bhd bagi penganjuran kuliah-kuliah tafsir untuk orang awam serta pelajar TTM sendiri. 



Tuan/Puan dijemput menjadi broker saham akhirat kami dengan pembelian lot wakaf bernilai serendah RM50/lot. Semoga setiap nilai yang tuan/puan wakafkan menjadi saham akhirat tuan/